21 April 2011

Melajukan Speed Internet Anda Di Windows 7

Melajukan Speed Internet Anda Di Windows 7
Pernah kah anda merasakan kelajuan internet anda menurun secara tiba-tiba ketika sedang menjelajah sesuatu laman web? Pada hakikatnya, laman web tersebut, bukan nya berat sangat, tetapi loading, sampai berminit-minit lamanya... Dan pernah kah anda merasakan ketika download sesuatu file, talian internet anda bergerak terlalu perlahan? Memang semesti nya perkara sebegini sering dilalui oleh mana-mana individu.. mungkin akan timbul perasaan marah dan meyumpah-nyumpah kan... hahaha... (saya pun sama camtu) wakakaka..

Sebenarnya, dah lama saya nak kongsi bersama trik ini tetapi memandangkan selalu lupa dan banyak kerja lain perlu di uruskan, pending lama juga ler jawabnya... hahaha.. tapi, kali ini kita akan mencuba merungkai cara atau trik yang jitu untuk melajukan connection internet anda.. Khasnya buat pengguna Window 7 dan Vista. Mari kita lakukan 2 langkah yang akan saya kongsikan bersama anda.


Cara Pertama:
1. Klik pada kotak run dan taip gpedit.msc dan tekan enter.

2.  Paparan kotak Local Group Policy Editor akan muncul. Pada bar sebelah kiri, sila klik pada Administrative Templates/Network/QoS Packet Scheduler. Pada bar sebelah kanan pula akan muncul pilihan lain nya, sila dwi klik pada Limit reservable bandwidth. Paparan seperti di bawah:


3. Paparan Limit reservable bandwidth akan muncul. Sila tick pada Enabled. Pada Option, iaitu Bandwidth limit (%), gantikan 20 dengan menaip nilai 0 (kosong). Seterusnya Apply dan klik Ok. Rujukan paparan seperti di bawah.



Selesai sudah langkah pertama. Untuk makluman anda yang menggunakan Windows premium atau basic, kemungkinan cara ini tidak dapat di modifikasikan. Pada Windows profesional, enterprise dan ultimate, memang mudah untuk di lakukan.

Cara Kedua:
1. Buka menu start, dan taip pada kotak run cmd. Rightklik mouse dan gunakan Run As Administrator.


2. Setelah paparan CMD terbuka, Sila taip cd/ dan enter. Contoh seperti di bawah:


3. Setelah itu, sila taip netsh int tcp show global dan enter. Paparan seperti di bawah:

4. Baiklah, sekarang kita sudah berada pada bahagian setting. Kita akan mengubah pada bahagian tertentu. Sila taip netsh int tcp set global chimney=enabled dan enter, tunggu sebentar sehingga cmd menunjukan respon Ok. Contoh seperti gambar di bawah:


5. Seterusnya, sila taip netsh int tcp set global autotuninglevel=normal dan enter. Tunggu cmd memberi respon Ok. Sila lihat contoh paparan di bawah:


Rasa malas nye limau nk masukan pic..korang ikot je la step lepas tu
6. Langkah seterusnya, masih lagi kita menaip iaitu netsh int tcp set global congestionprovider=ctcp dan tekan enter. Tunggu sehingga respon Ok.
7.  Langkah terakhir adalah, taip semula netsh int tcp show global dan enter.
8. Dan paparan terakhir seperti ini akan muncul, anda bandingkan semula langkah no 3 dengan paparan baru yang telah anda setting.

 9. Sila exit kan Cmd anda, jika perlu, restart pc/laptop anda dan rasai perbandingan kelajuan internet anda sekarang.

Trik ini telah limau cuba pada Windows 7 Ultimate dan 100% berkesan serta tiada kerosakan sampingan. Semoga pada anda yang mencuba, selamat mencuba dan beri ulasan.


SELAMAT MENCUBA


0 comments: